Assalamualaikum/ Salam Sejahtera.
Untuk makluman, semalam (24/02/2009) telah berlangsungnya kejohanan boling antara jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertempat di Mines Bowl, Seri Kembangan pada pukul 8.30 malam.
Pasukan MQA telah menghantar 4 pasukan (2 pasukan Lelaki & 2 pasukan wanita) bagi menyertai kejohanan tersebut.
Keputusan perlawanan, pasukan wanita MQA(A) telah memenangi TEMPAT KEDUA (NAIB JOHAN) bagi kategori wanita berkumpulan keseluruhan. Sekalung tahniah di ucapkan kepada mereka yang terlibat.
TEAM MQA(A)WANITA :JATUHAN PIN = 1568
1. CIK NORHANIZAN ZAMHURI
2. PN. FAUZIAH AHMAD
3. CIK SITI AISHAH SAPIEE
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pemain-pemain MQA yang lain yang telah bersungguh-sungguh mempamerkan aksi cemerlang mereka, namun nasib tidak menyebelahi. Mungkin tahun depan…siapa tahu gelaran JUARA milik MQA.
Kepada semua pemain, pihak Biro Sukan KKMQA menghargai penyertaan anda yang sanggup meluangkan masa walaupun acara tersebut tamat pada pukul 12.00 malam. Ribuan terima kasih sekali lagi dan TAHNIAH di ucapkan.
Biro Sukan KKMQA
Wednesday, February 25, 2009
Monday, February 23, 2009
Aktiviti Kelab Dari Februari Hingga April
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Kelab Kebajikan akan menganjurkan program berikut bagi tempoh Februari hingga April:
1. Hari Keluarga MQA
2. Ceramah Kemanusiaan Palestin
3. Kempen derma darah
4. Community engagement seperti membersihkan rumah orang tua atau menjadikan rumah anak terbiar sebagai rumah angkat
5. Pertandingan ping pong
6. Pertandingan futsal
7. Pertandingan badminton
8. Pertandingan terbuka individu yang melibatkan sukan dalaman dianjurkan oleh Biro Sukan selepas waktu pejabat
9. Pertandingan scrabble
10. Jualan air mineral berjenama Kelab
11. Pertandingan bercerita di dalam Bahasa Inggeris
Sekian, terima kasih.
(Setiausaha KKMQA)

Saturday, February 21, 2009
Blog Kembali Dikemaskini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli kelab kebajikan MQA.
Selaku Biro Penerbitan KKMQA, Saya dan semua AJK memohon kemaafan kerana blog tidak dikemaskini sejak 28 Ogos 2008 hingga 22 Februari 2009 kerana masalah tertentu.
Selaku Biro Penerbitan KKMQA, Saya dan semua AJK memohon kemaafan kerana blog tidak dikemaskini sejak 28 Ogos 2008 hingga 22 Februari 2009 kerana masalah tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)