Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimulakan dengan satu soalan,
Adakah tuan/puan pernah tertanya-tanya kemanakah wang zakat disalurkan oleh Pusat Zakat Selangor(PZS)?
Untuk menjawab persoalan itu, PSZ mengajak agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk menyertai program
‘Kembara Mencari Sinar 2009’ yang antara lain bertujuan:
•Menziarah ke beberapa tempat Asnaf di Selangor
•Mengajak orang awam untuk mendekati dan berinteraksi bersama mereka
•Menyebarluaskan kepada orang awam tentang saluran wang zakat yang diagihkan oleh PZS.
Kepada yang berminat, mohon untuk merujuk kepada Biro Kebajikan MQA dan berikan maklumbalas tuan/puan sebelum 12 tengahari esok iaitu 5 Mac 2009 untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
Biro Kebajikan
b/p: Pengerusi Kelab Kebajikan MQA 08/09
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment